Wednesday, November 17, 2010

Dendang perantau dipagi Aidil Adha 2010...



Dok tak dok dah hampir empat tahun dah Offshore Journey ku...

"Demi Matahari dan sinarnya dipagi hari,
Demi Bulan apabila ia mengiringi,
Demi siang hari, bila menampak kan dirinya,
Demi malam apabila ia menutupi,

Demi langit berserta seluruh binaannya,
Demi bumi serta yang ada dihamparannya,
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya,

Allah Subhanallah, Allah Subhanallah, Allah Subhanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,
Beruntung bagi yang mensucikanya,
Merugi bagi yang mengotorinya."

Renungan Jiwa


Syaitan Mengejutnya untuk Solat

Satu hari, akibat keletihan yang amat sangat Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba.
Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir.
Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya Sheikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.
"Mengapa kau kejutkan aku untuk solat Subuh, padahal kau amat benci kepada orang yang bersolat?"
"Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun Subuh," jawab syaitan.
Kehairanan, Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya, "Kenapa?"
Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.
"Aku takut jika kau terlewat untuk solat Subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan amalan yang lebih banyak dan lebih serius," kata syaitan.
Tambah syaitan itu lagi, " Kau akan bersedekah. Kau akan membantu orang lain. Kau akan mengajar lebih lama. Kau akan membaca Al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan kawanku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat Subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan amalan baikmu itu nanti!"

Pengajaran : Begitulah kreatif dan inovatifnya syaitan dalam menyesatkan manusia. Dia bukan sahaja arif tentang amalan baik dan jahat tetapi juga arif tentang keutamaan amal.

Selamat Hari Raya Aidiladha 2010
AMPA Field
Offshore Brunei
Seaeye Panther Plus for Diver Support

Sunday, November 14, 2010

Renungan Jiwa






Assalamualaikum Dari offshore.journey, Champion Field, DPDSV Ajang Harapan..

ada sebuah kisah disebalik kisah perang Khandaq. Pada waktu peperangan itu, Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat untuk menggali parit lebar dan besar sebagai kaedah pertahan untuk menahan serangan musuh.

Jabir bin Abdillah meriwayatkan, semasa menggali parit, saya melihat Rasulullah SAW sentiasa berada dalam keadaan letih dan lapar. Maka saya segera menemui isteri di rumah dan bertanya," ADAKAH SESUATU YANG BOLEH DIMAKAN? SAYA MELIHAT RASULULLAH SAW DALAM KEADAAN LAPAR ". Lalu isteri saya mengeluarkan bekas berisi gandum. Sementara saya meneyembelih seekor anak kambing dan memasaknya. Kemudian saya menemui Rasulullah SAW. Sebelum pergi, isteri saya berpesan, " TOLONG JGN MALUKAN SAYA DI HADAPAN RASULULLAH DAN PARA SAHABAT." Maksudnya supaya jangan menjemput semua orang kerana makanan yang ada cuma sedikit.

Saya menemui Rasulullah SAW dan berkata kepadanya, " YA RASULULLAH SAW, SAYA TELAH MENYEMBELIH SEEKOR ANAK KAMBING DAN ISTERI SAYA TELAH MENGADUN TEPUNG GANDUM. DATANGLAH BERSAMA BEBERAPA ORANG UNTUK MAKAN KE RUMAH KAMI." Mendengar apa yanG saya katakan, Rasulullah SAW memanggil semua orang seraya berkata, " HAI ORANG YANG SEDANG MENGGALI PARIT ! JABIR TELAH MENYIAPKAN HIDANGAN DAN MENJEMPUT KITA SEMUA UNTUK DATANG KE RUMAHNYA."

Kemudian Rasulullah SAW berpesan kepada saya," JABIR, JGNLAH ENGKAU TURUNKAN KUALI DARI ATAS DAPUR DAN JANGAN KALIAN BAKAR ADUNAN ROTI SEBELUM SAYA DATANG." Kemudian, saya berjalan mendahului orang lain bersama Rasulullah SAW. Saya pun kemudian masuk ke dalam rumah menemui isteri. Dia berkata kepada saya, " INI SEMUA AKIBAT PERBUATAN AWAK." Saya menjawab " SAYA TELAH MELAKUKAN APA YANG AWAK CAKAPKAN TADI." Kemudian Rasulullah SAW meminta saya untuk mengeluarkan adunan roti tersebut. Rasulullah SAW merasa dan mendoakan keberkatan untuknya.

Kemudian baginda menuju kuali yang berisi gulai kambing dan merasanya serta mendoakan keberkatan kepadanya. Kemudian baginda berkata kepada isteri saya, "PANGGILLAH TUKANG PEMBUAT ROTI AGAR MEREKA DAPAT MEMNBANTUMU MENYIAPKAN ROTI. DAN HIDANGKANLAH GULAI KAMBING INI TETAPI JGN TURUNKAN KUALINYA DARIPADA ATAS DAPUR."

JABIR R.A berkata," DEMI ALLAH, MEREKA SEMUANYA BERJUMLAH 3000 ORANG DAN SEMUANYA MAKAN SAMPAI KENYANG. MEREKA PULANG DAN DAGING YANG ADA DI ATAS KUALI MASIH TETAP SEPERTI SEDIA KALA DAN ADUNAN ROTI JUGA MASIH BANYAK TETAP SEBANYAK SEBELUMNYA."

( RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

Saya berpesan kepada diri saya sendiri serta kepada pembaca yang diRahmati Allah sekalian.

PENGAJARAN: INGATLAH BAHAWA SETIAP URUSAN DI DUNIA PASTI DIPERMUDAHKAN ALLAH SWT MENGIKUT KEHENDAKNYA. HNDAKLAH KITA MELAKUKAN SESUATU PEKERJAAN ITU IKHLAS SEMATA-MATA KERANA ALLAH SWT.

Monday, June 21, 2010

Renungan Jiwa



"Bila selesai solatmu, memencarlah kamu di muka bumi. Carilah karunia Allah. Ingatlah Allah banyak-banyak, supaya kamu mencapai kejayaan." QS Al-Jumu'ah (Hari Jumaat) 62:10

Renungan Jiwa




"Tiadakah mereka mengembara di muka bumi, sehingga mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka mengerti, dan mempunyai telinga yang dengan itu mereka mendengar? Sungguh, bukanlah matanya yang buta, tetapi yang buta ialah hatinya, yang ada dalam (rongga) dadanya." QS Al Hajj (Haji) 22:46

Lama giler tak update

Aduh giler lama tak update blog ni...

dok melayan benda lain terus lupa nak update, banyak dah merantau ni.
Macam macam dah dok buat.

Since last yang aku post pasal offshore journey aku ke Matak Natuna tahun 2007 sehingga la ke hari ni dah berbagai dah aku dok buat.

Lepas job completion guna subsea xmas tree cameron masa di natuna tu aku di hantar ke job drilling di Cebu Filipina pulak. Instead of atas drilling vessel kali ni Semi Sub yang aku 1st sekali naik masa 1st job di Jepun tu MODU Hakuryu 5.

Masa job tu aku join kita dah nak dekat nak sampai total depth drilling dah pun. So tak banyak yang kitaorang buat pun habis kuat pun buat 3 dive seminggu so trip to banyak melepak jer la.

Cukup satu minggu aku kat sana Rig buat keputusan hantar kitaorang gi standby kat darat sebab masa time tu bebudak wireline Sclumberger nak naik so perlukan bed space katil tak cukup so kitaorang kena lepak Hotel la di Cebu.

So apa lagi gerak jer lah kan, lagipun elaun nyer sama tetap dapat offshore rate aper.

So jadi lah accidental tourist di Cebu Island under the sun.

Sempat la aku gi diving di situ.Meronda ronda pekan ngan bebudak lain.
Sebabkan aku nyer crew lain tu semua bangsa asing so diorang ke pub jer la malam malam.

Aku join jugak la sebab nak tengok cemana night life diorang kat sana. Bosan jugak night life diorang. (ker aku yang bosan)

Ended up dekat 2 minggu jugak la lepak goyang kaki standby.Trip ni la banyak habis duit sebab banyak belanja beli itu ini.

So lepas celebrate new year 2008 kitaorang pun crew change la balik. haa ni la job yang terakhir aku dengan company ni rupernyer. Sebab lepas job ni aku dapat offer join satu company ni lagi berjaya sebab selain daripada post nyer yang tetap aku dapat bekerja dengan system system yang berlainan selain daripada job task yang lebih menarik.

Tuesday, July 14, 2009

Its been awhile since my last input


its july 2009 already guys and hey my offshore journey continue's...

A lot has happened since my last update..
i truly love this new found career..
everytime i'm back at home, i surely miss the sea, the breeze, the work offshore..


be back soon with more pictures of my offshore journey..

salam